Tahap Jerebu Di Utara Kekal Sangat Tidak Sihat

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kekal berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat setakat 1 tengah hari ini (Khamis).

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 275 diikuti Bakar Arang, Sungai Petani di Kedah iaitu 268.

Empat kawasan lain yang turut mencatatkan peningkatan bacaan IPU berbanding pagi tadi ialah Kangar, Perlis (255); Langkawi (253) dan Alor Setar, Kedah (250)serta Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang (238).

Sementara itu, sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Tanah Merah, Kelantan (123); Bukit Rambai, Melaka (102); Balok Baru, Kuantan di Pahang (110); Jalan Tasek (158), Sekolah Kebangsaan Pegoh (176), Seri Manjung (175) di Perak; Perai, Pulau Pinang (196) dan Tawau, Sabah (109).

Kawasan lain ialah Kuching (122), Samarahan di Sarawak (128); Banting (113), Kuala Selangor (153), Pelabuhan Klang (158), Petaling Jaya (108), Shah Alam (132) di Selangor; Kuala Terengganu (105); Batu Muda, Kuala Lumpur (105) dan Putrajaya (108).

Dua kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pagi tadi berubah kepada tahap sederhana tengah hari ini iaitu Bandaraya Melaka (100) dan Sibu, Sarawak (99).

Dua puluh satu lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Kota Tinggi (62), Muar dan Pasir Gudang, Johor (masing-masing 82); Nilai (96), Port Dickson, Seremban di Negeri Sembilan termasuk Indera Mahkota dan Jerantut, Pahang (masing-masing 94); Keningau (61), Kota Kinabalu (52), Sandakan (63) di Sabah; Bintulu (85), Kapit (88) di Sarawak; Paka, Terengganu (90) dan Cheras, Kuala Lumpur (94).

Hanya Labuan sahaja merekodkan bacan IPU baik dengan bacaan 46. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Utara

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan