Kit Siang Dapat ‘Talian Hayat’ Jika Enggan Digantung

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang diberi ‘talian hayat' terakhir supaya menarik balik kenyataannya yang menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketua Parlimen DAP itu diberi tempoh untuk berbuat demikian sehingga pukul 11.30 pagi Khamis jika enggan usul bagi menggantungnya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat dibentang sebelum diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya masih berharap agar veteran DAP itu tampil memberi penjelasan dan menarik balik kenyataannya.

"Dari sekarang sehingga saya beridri dalam Dewan nanti, Gelang Patah ada masa untuk jumpa speaker.

"Saya percaya pada 11.30 pagi nanti, kalau Kit Siang ada dalam Dewan beliau juga boleh buat penjelasan dan minta maaf.

"Terpulang kepada speaker mahu menerimanya atau tidak. Kalau speaker tidak terima...saya akan bangun membacakan usul,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada awal pagi Khamis.

Dewan Rakyat yang kembali bersidang hari ini (khamis) dimulakan dengan sesi soal jawab lisan sebelum diteruskan dengan sesi perbahasan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut senarai aturan urusan mesyuarat hari ini, usul bagi menggantung Kit Siang selama enam bulan menjadi item pertama sebelum Dewan Rakyat menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015.

Isnin lalu, Kit Siang mendakwa Pandikar mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.

Jelas Kit Siang, Pandikar Amin dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Tags / Kata Kunci: DAP , Speaker , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan