Populasi Kuda Di Negara Ini Bebas Virus EI - Jabatan Veterinar

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:15 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Populasi kuda di negara ini diisytihar bebas daripada virus Equine Influenza (EI) atau flu kuda, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Kamarudin Md Isa.

Beliau berkata ujian dijalankan terhadap 58 sampel yang diambil daripada kuda di Kelab Lumba Kuda Selangor (STC) dan Kelab Lumba Kuda Perak (PTC) pada 28 September lepas, menunjukkan negatif penularan virus itu.

"Pemeriksaan klinikal yang kita jalankan pada lebih 200 kuda di STC hari ini juga menunjukkan kesemuanya berada dalam keadaan sihat dan baik serta tiada tanda-tanda ia mempunyai penyakit pernafasan," katanya pada sidang media berhubung status virus berkenaan di sini, Khamis.

Beliau, bagaimanapun berkata pihaknya memberi tempoh tiga minggu sehingga 15 November depan, sebelum menarik balik larangan pemindahan kuda keluar masuk ke negara ini, dan pergerakan kuda ke kandang lain dalam negara.

Dr Kamarudin berkata berikutan perkembangan positif itu, perlumbaan kuda boleh diteruskan semula di STC.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dalaman berhubung peraturan tambahan pengimportan kuda yang dibawa masuk ke negara ini bagi mengelak penularan virus tersebut.

"Jabatan Veterinar Malaysia dan Singapura akan berbincang dalam masa terdekat beberapa syarat yang akan dikenakan sebelum kuda-kuda dibawa masuk ke negara ini antaranya berhubung suntikan vaksin," katanya.

Penularan penyakit itu dikesan selepas dua ekor kuda yang dipindahkan ke STC, seekor ke PTC dan seekor lagi ke Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang pada 14 Ogos lepas, dikesan mengeluarkan hingus dipercayai 'influenza-like'.

Keputusan ujian sampel yang dijalankan oleh makmal di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh dan Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada EI.

Jangkitan itu dipercayai berpunca daripada kemasukan empat ekor kuda yang diimport dari New Zealand melalui Singapura pada 31 Julai lepas.

Tags / Kata Kunci: kuda , virus EI , Dr Kamarudin Md Isa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan