PM Tinjau Persiapan Penyediaan Bajet 2016

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 9:23 PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama buku Rahsia Besar ketika meninjau persiapan akhir Bajet 2016 di Kementerian Kewangan malam Khamis. Najib akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira sejam meninjau persiapan penyediaan Bajet 2016 di Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan di sini, malam Khamis.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 8 malam disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan bajet berkenaan.

Turut hadir, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Chua Tee Yong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib kemudiannya dibawa meninjau bilik operasi bajet.

Perdana Menteri dijadual membentang Bajet 2016 di Dewan Rakyat, bermula 4 petang esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan bajet, esok, Najib mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," kata perdana menteri.

Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan