Bajet 2016 Beri Keutamaan Lindungi Rakyat - PM

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 8:46 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," kata Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Jumaat.

Sambil mengakui kejatuhan harga minyak dan gas telah menjejaskan pendapatan kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan sebaliknya membangkitkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan impak berkenaan, khususnya mempelbagaikan ekonomi sejak dua tahun lepas.

"Kita melaksanakan dua perkara untuk meningkatkan daya tahan (ekonomi) iaitu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta usaha rasionalisasi subsidi.

"Keputusan ini adalah penyelamat kita. Kutipan GST ternyata lebih tinggi daripada jangkaan berikutan tahap pematuhan yang tinggi dan mujurlah kita juga ada sumber-sumber lain serta mengamalkan perbelanjaan secara berhemat," katanya.

Jelas Najib, biarpun berlaku kejatuhan harga minyak serta persekitaran pasaran global yang mencabar, asas-asas ekonomi Malaysia sebaliknya kekal kukuh dengan pertumbuhannya dijangka antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, tahap  inflasi antara 2-2.5 peratus dan kadar pengangguran yang stabil.

Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada pada kedudukan yang tepat untuk terus mengutamakan rakyat.

Ini termasuk memberi bantuan, terutamanya kepada kumpulan yang memerlukan bagi menangani peningkatan kos sara hidup; menyokong sektor swasta dengan dasar properniagaan serta memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan serta melonjakkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.

"Saya ada rancangan dan ia (ternyata) membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan.

"Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju.

"Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya," tegas Perdana Menteri.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan