Ahli Jawatankuasa PAC Perlu Bersumpah Jaga Kerahsiaan - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu mengangkat sumpah kerahsian bagi mengelak berlakunya kebocoran maklumat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata cadangan itu perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Saya telah mencadang supaya angkat sumpah simpan rahsia mesti dilakukan oleh ahli-ahli PAC.

"Ini adalah untuk menjaga kerahsiaan. Namun cadangan itu harus dirujuk kepada penasihat undang-undang sama ada sumpah simpan rahsia ini perlu dilakukan.

"Tetapi kerajaan berpendapat ianya harus dilakukan bagi menjaga kerahsiaan," katanya.

Mengulas mengenai integriti PAC, Ahmad Zahid berkata ahli jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah institusi Parlimen itu perlu membataskan sebarang kenyataan kepada umum berkaitan isu yang dibincangkan.

"Jika ada dokumen yang menjadi exibit di dalam mesyuarat PAC atau maklumat yang dibincangkan sama ada wujud persamaan serta perbezaan dikalangan ahli, maka ianya hendaklah tidak keluar daripada mana-mana ahli PAC.

"Sebarang kenyataan atau laporan hendaklah dibuat secara rasmi oleh PAC dan bukannya pendapat peribadi daripada mana-mana ahli," katanya.

Ditanya kemungkinan langkah itu akan mengundang persepsi bahawa kerajaan cuba menyembunyikan maklumat dalam siasatan PAC, Ahmad Zahid bagaimanapun menolak pandangan berkenaan.

Selain itu Ahmad Zahid berkata Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan cadangan nama wakilnya yang akan dilantik menganggotai PAC.

"Mengikut peraturan, Jawatankuasa Pemilih akan mengemukakan cadangan nama-nama tersebut pada persidangan Parlimen dalam waktu terdekat.

"Saya serahkan kepada Speaker untuk kemukakan kepada majlis kerana beliau pengerusi Jawatankuasa Pemilih," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan