Sesi Persekolahan Ditangguh Secara Mengejut, Pelbagai Pihak Berang

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penutupan persekolahan sesi petang secara mengejut di Pulau Pinang pada petang Rabu mengundang kemarahan banyak pihak.

Ibu bapa, guru, pemandu bas dan pengusaha kantin mendakwa terkejut dan keadaan menjadi kelam-kabut itu.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman berkata, keputusan dibuat pada pukul 11.30 pagi, yang menyebabkan sekolah sesi petang ditangguh selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 150 dan mula menghantar arahan itu melalui faks.

Shaari berkata, keputusan itu dibuat pada saat akhir kerana kualiti udara mula menurun secara mendadak dari pukul 11 pagi.

Walaubagaimanapun, beberapa sekolah mendakwa mereka menerima arahan itu pada pukul 2 petang sedangkan sesi petang bermula pada pukul 1.10 petang di beberapa sekolah.

Manakala di beberapa sekolah yang menerima arahan lebih awal, pelajar yang sudah tiba di pagar sekolah mula berpatah balik.

Di SK Convent Green Lane, ibu bapa terkejut apabila diberitahu sesi petang ditangguhkan.

Seorang ibu kepada pelajar, P.D. Joan berkata dia cuba menelefon sekolah pada pukul 12.30 tengah hari untuk pastikan jika sesi petang ditangguh disebabkan oleh jerebu tetapi diberitahu kelas seperti biasa.

"Apabila saya sampai pada pukul 12.50 tengah hari bersama anak saya, pengawal keselamatan sekolah yang sedang bertugas memberitahu saya sekolah ditutup. Saya menelefon sekolah dan diberitahu mereka baru sahaja menerima arahan itu," katanya.

Seorang pengusaha kantin sekolah berkata banyak makanan terpaksa dibuang disebabkan arahan saat akhir itu.

"Pihak sekolah memaklumkan kepada kami selepas pukul 1 petang, tetapi sudah terlambat bagi kami kerana kami sudah menyediakan makanan ini," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Jerebu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan