LRT Akan Mula Beroperasi Di Puchong, Bandar Kinrara

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 9:18 PM

Stesen LRT BK5 di Bandar Kinrara, yang menjadi sebahagian daripada projek Lanjutan Laluan LRT (LEP) Ampang sedia beroperasi pada 31 Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat stesen LRT baharu - Awan Besar, Kampung Muhibbah, Alam Sutera dan Bandar Kinrara 5 (BK5) bakal beroperasi pada Sabtu depan.

Stesen-stesen ini adalah sebahagian daripada projek Lanjutan Laluan LRT (LEP) Ampang.

Jurucakap Kumpulan Prasarana berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberikan mereka kebenaran untuk memulakan operasi.

LEP akan menjadi rangkaian kereta api pertama yang akan beroperasi di Kinrara dan Puchong, yang mempunyai penduduk dianggarkan 400,000 orang.

Perkhidmatan ini bakal mengubah cara beribu-ribu pengguna berulang-alik setiap hari dan meningkatkan harga hartanah di Bandar Kinrara, yang mempunyai kemudahan stesen LRT Alam Sutera dan BK5.

Stesen Alam Sutera akan memberi kemudahan kepada penduduk di Bandar Kinrara 1 dan Bandar Kinrara 9, termasuk berdekatan Puncak Jalil.

Stesen BK5 terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Bandar Kinrara dan akan memberi kemudahan kepada penduduk dari Bandar Kinrara 2 ke Bandar Kinrara 8, termasuk berdekatan Taman Kinrara dan Taman Bukit Kuchai.

Stesen ini mempunyai kemudahan 'park-and-ride' dan terletak berhampiran hab komersial BK5 yang baru, termasuk berdekatan Giant Bandar Kinrara.

Stesen Awan Besar dan Kampung Muhibbah akan memberi kemudahan kepada penduduk di Taman OUG.

Semua stesen dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, lif, dan kedai.Terdapat juga kemudahan khas untuk golongan kurang upaya.
Tags / Kata Kunci: LRT Puchong , LEP , Prasarana , Spad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan