Jerebu Teruk: Lapangan Terbang Di Alor Setar Ditutup

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara bermula pukul 7 pagi ini akibat Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat pagi Khamis.

Pengurus LTSAH Puteh Ramli berkata operasi penerbangan akan dibuka semula sekiranya jarak ketampakan naik semula ke paras 600 meter dan pemantauan akan dijalankan setiap 10 minit.

"Jarak ketampakan di LTSAH ketika ini berada di bawah paras minimum 550 meter," katanya.

Sementara itu, jurucakap syarikat Malindo Air berkata penerbangan dari Alor Setar-Subang yang dijadualkan pada pukul 11.25 pagi akan ditunda pada pukul 2.30 petang selepas landasan dibuka semula.

"Hanya satu penerbangan Malindo Air hari ini dan ia tidak dibatalkan dan hanya ditunda sehingga landasan dibuka semula," katanya.

Jurucakap Malaysia Airlines Berhad pula ketika dihubungi berkata semua penerbangan pagi akan dibatalkan dan penerbangan seterusnya akan diteruskan sekiranya lapangan dibuka semula.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Alor Setar sehingga pukul 8 pagi tadi berada dalam kategori sangat tidak sihat iaitu 218 manakala Sungai Petani 237 dan Langkawi pada 230. 

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Alor Setar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan