Jerebu: Kualiti Udara Di Utara Semakin Teruk

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:28 AM

Kualiti udara di Pulau Pinang yang semakin merosot.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara pada Khamis semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut ialah Kangar di Perlis (242); Alor Setar (228), Bakar Arang, Sungai Petani (244) dan Langkawi (236) di Kedah; Seberang Jaya 2, Perai (272) serta Universiti Sains Malaysia (236) di Pulau Pinang.

Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Tanah Merah, Kelantan (120); Bandaraya Melaka (102); Nilai (102), Seremban (103) di Negeri Sembilan; Jalan Tasek, Ipoh (158), Kampung Air Putih, Taiping (161) dan Seri Manjung (182) di Perak.

Kawasan lain ialah Kuching (125), Samarahan (131), Sri Aman (162) di Sarawak; Kuala Selangor (151), Pelabuhan Klang (159), Petaling Jaya (144), Shah Alam (138) di Selangor; Kuala Terengganu (108); Batu Muda di Kuala Lumpur (118) dan Putrajaya (115).

Enam belas kawasan pula mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Kota Tinggi (63), Muar (83) di Johor; Port Dickson di Negeri Sembilan (95); Indera Mahkota, Kuantan dan Jerantut di Pahang (masing-masing 92); Keningau di Sabah (64), Bintulu di Sarawak (85) dan Cheras di Kuala Lumpur (99).

Hanya Labuan sahaja merekodkan bacan IPU baik iaitu 46.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: Utara , Jerebu

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan