Tolak Bajet 2016 Saranan Tak Bertanggungjawab - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 8:42 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan ahli Parlimen mengundi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana ia memberi kesan kepada jentera pentadbiran awam, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selain pengurusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terpaksa dihentikan, tindakan itu memberi risiko kepada penjawat awam dalam aspek pembayaran gaji.

Ini kerana perbelanjaan kerajaan adalah berdasarkan Akta Parlimen yang memerlukan kelulusan Parlimen sebelum peruntukan dalam bajet yang dibentangkan itu dapat dibelanjakan, katanya.

"Jadi, jangan kita mengambil risiko untuk memboikot...nak tewaskan Rang Undang-Undang Perbekalan kerana ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya di sini Khamis.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), mengulas gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar Ahli Parlimen tidak menyokong Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Dewan Rakyat esok.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn.
Bhd.,(MMHE) di sini, Khairy bagaimanapun yakin Bajet 2016 akan diluluskan dengan sokongan penuh semua Ahli Parlimen BN.

"Nak boikot bajet, boikotlah...tetapi saya penuh yakin kita akan dapat sokongan yang mantap daripada semua anggota Parlimen BN untuk luluskan bajet yang akan dibentangkan itu," katanya.

Khairy dalam pada itu berharap Bajet 2016 menyediakan peruntukan besar untuk kementeriannya memandangkan Malaysia akan menyertai Sukan Olimpik Rio 2016 selain pelaksanaan Program Podium dan persiapan negara menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Melalui perjanjian dengan MMHE, sebanyak 30 penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan menjalani latihan industri di MMHE selama tiga bulan setiap tahun dengan menerima elaun sehingga RM350 setiap bulan serta peluang diserap sebagai tenaga kerja sepenuh masa.

Khairy berkata nilai kebolehpasaran pelatih IKBN meningkat kepada 85 peratus ketika ini hasil jalinan kerjasama yang semakin akrab dengan pihak industri.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016 , Khairy Jamaluddin , boikot

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan