Cadangan Bina Jambatan Hubung Malaysia- Thailand Perlu Disegerakan

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:01 PM

Datuk Seri Anifah Aman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Garis masa, pengurusan kos dan reka bentuk terperinci dua jambatan baharu yang akan menghubungkan Malaysia dan Thailand perlu dibincang dan dimuktamadkan dengan segera bagi membolehkannya siap dilaksanakan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut Anifah, rakan sejawatannya dari Thailand, Don Pramudwinai membincangkan perkara itu ketika mereka mempengerusikan bersama mesyuarat peringkat menteri ke-13 Suruhanjaya Bersama (JCM) bagi Kerjasama Dua Hala dan mesyuarat Strategi Pembangunan Bersama (JDS) bagi Kawasan Sempadan, di sini hari ini.

Dua jambatan baharu itu ialah Laluan Kedua di Rantau Panjang-Sungai Golok dan Laluan di Pengkalan Kubor-Tak Bai.

"Para menteri berkenaan menegaskan sekali lagi tentang perlunya kedua-dua pihak mematuhi garis masa yang dipersetujui dalam melaksanakan projek itu.
Mereka berkata kedua-dua pihak akan memulakan perbincangan mengenai pengurusan kos tidak lama lagi.

"Para menteri itu juga sependapat tentang perlunya penyediaan reka bentuk terperinci bagi dua jambatan itu dipercepatkan bagi membolehkan pemimpian dari kedua-dua negara merasmikan upacara pecah tanah tahun depan," kata Anifah dalam satu kenyataan.

"Sekiranya kami tidak dapat menyiapkan dua projek utama ini, sukarlah bagi kami untuk beralih daripada Pelan Tindakan JDS semasa kepada Pelan Tindakan JDS Kedua," katanya.

Selain projek itu, menteri berkenaan juga bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama mengenai getah, termasuk penubuhan bandar raya getah di kedua-dua negara yang saling melengkapi satu sama lain.

"Lokasi yang ditetapkan bagi bandar raya getah itu di Thailand ialah di Kawasan Perindustrain Chalung di wilayah Songkhla, manakala tapak yang dicadangkan di Malaysia pula ialah di Ladang Bukit Ketpang, Kedah," katanya.

Mesyuarat itu juga membincangkan isu dua hala, termasuk kerjasama keselamatan di sepanjang kawasan sempadan, yang meliputi usaha mencegah aktiviti pemerdagangan manusia dan langkah pembinaan keyakinan di selatan Thailand.

Menteri berkenaan juga bertukar-tukar pendapat tentang isu serantau dan antarabangsa seperti pembanterasan aktiviti pemerdagangan manusia, pendatang tanpa izin dan isu alam sekitar, termasuk pencemaran jerebu rentas sempadan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan