Firma Audit Antarabangsa Audit Aset Mara - Annuar Musa

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 6:35 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mendapatkan khidmat syarikat audit antarabangsa untuk mengaudit proses pembelian semua asetnya termasuk pembelian hartanah di Australia.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata firma itu akan menjalankan audit daripada seluruh aspek dengan terperinci termasuk audit forensik.

Di samping siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta audit dalaman, audit luaran amat penting kerana Mara mempunyai kebatasan dari segi kepakaran, katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini Khamis.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh turut mengulas dakwaan Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli baru-baru ini yang menyatakan pegawai tinggi Mara yang disebut dalam proses perbicaraan di Australia masih belum diambil tindakan atau didakwa.

"Tidak ada sesiapa pun yang didakwa terlibat, cuma kita dapati ada nama-nama tertentu disebut ... kalau sebut (nama) sahaja kita tidak boleh anggap orang itu salah kerana itu tak adil," katanya.

Annuar meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti ataupun dokumen berhubung kes pembelian hartanah di Australia supaya menyerahkannya kepada SPRM bagi membantu siasatan.

"Baru-baru ini Rafizi turut mendakwa mempunyai bukti atau dokumen berhubung kes itu jadi saya minta sesiapa sahaja termasuk Rafizi supaya membawa apa sahaja bukti yang mereka ada kepada SPRM kerana saya bimbang akan menjadi satu kesalahan pula sekiranya mereka menyimpan bukti tersebut," katanya.

Sementara itu, Annuar memberitahu Mara sedang berunding dengan dua bank komersial tempatan bagi mendapatkan dana RM1 bilion bagi menampung kos biayaan pelajar di bawah majlis itu.

"Secara prinsipnya dua bank ini telah bersetuju satu jumlah yang boleh mereka sediakan tetapi ada beberapa perkara yang belum diselesaikan.

"Mereka (bank) mahu membiayai pelajar lepasan ijazah sahaja tetapi Mara mempunyai banyak pelajar ijazah, oleh itu bank-bank ini memberikan beberapa syarat dan ini perlu dirunding semula," katanya sambil memaklumkan Mara turut merancang untuk berbincang dengan dua buah bank lain bagi mendapatkan dana itu.

Katanya, hal ini berikutan Mara mengalami defisit sebanyak hampir RM500 juta berikutan pertukaran mata wang dan kenaikan kos tambang perjalanan para pelajar.

Tags / Kata Kunci: aset Mara , Mara , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan