Azalina Buat 'Pusingan U', Hantar Semula Usul Gantung Kit Siang

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membuat ‘pusingan U’ apabila menyerahkan sekali lagi notis membentang usul menggantung Lim Kit Siang daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat pada pukul 6 petang, Rabu, kira-kira satu jam selepas beliau menarik balik notis usul yang sama apabila diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Pandikar turut menuntut Kit Siang memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap dirinya, tetapi pemimpin veteran DAP itu melakukannya.

Penghantaran semula notis usul ini dimaklumkan kepada pemberita oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasah sebaik sahaja sidang ditangguhkan, petang Rabu.

Terdahulu, Azalina mengedarkan pemberitahuan usul kepada ahli Dewan Rakyat sebagai tindakan untuk mempertahankan kemuliaan Dewan Rakyat dan menegakkan kebenaran bahawa Speaker hanya bertindak mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa budi bicara beliau untuk ‘sabotaj’ siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) diikuti tuduhan beliau adalah ‘diktator’ adalah satu tuduhan yang bersifat bukan sahaja menghina institusi perundangan tertinggi negara - Parlimen.

"Ini adalah satu tuduhan yang berat sekali gus menjejaskan nama baik Dewan Rakyat," kata Azalina, merujuk kepada tindakan Kit Siang terhadap Pandikar.

Azalina berkata Pandikar telah memberi masa sewajarnya untuk Kit Siang menjelaskan dan memohon maaf tetapi tiada tindakan susulan daripadanya.

"Kerajaan tiada pilihan lain selain membentangkan satu usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27(3) untuk menggantung YB Gelang Patah," katanya.

Pada Isnin, Pandikar menuntut Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat susulan kenyataan menuduhnya menyalahgunakan kuasa speaker Dewan Rakyat dan cuba mensabotaj siasatan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pandikar pada sesi perbahasan Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan bermula itu berkata, sekiranya Kit Siang tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan boleh diambil terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , DAP , Speaker , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan