Jerebu: Shah Alam, Pelabuhan Klang Catat IPU Sangat Tidak Sihat - Berita Semasa | mStar

Jerebu: Shah Alam, Pelabuhan Klang Catat IPU Sangat Tidak Sihat

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk pada pagi Rabu apabila dua kawasan di Lembah Klang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 10 pagi, dua kawasan dengan IPU sangat tidak sihat itu ialah Shah Alam (233) dan Pelabuhan Klang (203).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu kawasan-kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (192), Banting (189), Petaling Jaya (186), Batu Muda (175), Kuala Selangor (152),  Cheras (152), Nilai (151), Seremban (151), Port Dickson (114) Bukit Rambai (117) serta Bandaraya Melaka (110).

Di utara, kawasan IPU tidak sihat adalah USM (114), Seberang Perai 2 (143), Perai (121), Tanjung Malim (124), Seri Manjung (144), SK Jalan Pegoh, Ipoh (149), Jalan Tasek, Ipoh (138), Alor Setar (135), Bakar Arang, Sg Petani (139), Langkawi (135) serta Kangar (139).

Sri Aman (147), Kuching (132), Samarahan (137) dan Sarikei (112) adalah kawasan di Sarawak yang berada dalam bacaan IPU tidak sihat.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , IPU
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan