Malaysia Tidak Guna Stunner Sembelih Lembu - Jabatan Veterinar

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 7:56 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia tidak pernah menggunakan alat 'pneumatic stunner' dalam proses penyembelihan lembu seperti yang dipaparkan dalam video yang tersebar di media sosial, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Kamarudin Md Isa.

Beliau berkata klip video yang dikatakan dirakam di Pulau Pinang itu menunjukkan proses stunning menggunakan alat yang tidak terdapat di rumah sembelih Malaysia.

"Oleh yang demikian, klip video ini berkemungkinan besar menggambarkan keadaan di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Menyentuh mengenai pusat penyembelihan di India yang mengeksport daging ke Malaysia seperti dinyatakan di dalam suara latar klip video tersebut, Dr Kamarudin menjelaskan hanya daging kerbau yang diimport dari India.

"Sebaliknya video terbabit menunjukkan ternakan lembu yang mana turut dilarang penyembelihannya di negara itu," jelasnya.

Dr Kamarudin berkata dalam proses penyembelihan sebenar, penyembelih akan  menggunakan pisau yang tajam dengan membaringkan ternakan, memutuskan halkum dan dua salur darah karotid.

"Video yang ditunjukkan tidak dapat digunakan untuk menentukan sama ada proses penyembelihan halal atau sebaliknya dilakukan kerana tiada proses penyembelihan ditunjukkan," jelasnya.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar memandang serius tujuan penyebaran klip video itu.

Oleh itu, katanya orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang boleh mengeliru dan meragukan para pengguna daging secara umumnya.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna daging import boleh merujuk ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veteriar di http://www.dvs.gov.my/approved-overseas-plant-abattoir bagi memastikan pusat penyembelihan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sembelih lembu , stunner

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan