Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan jerebu yang semakin buruk, sebanyak 4,778 sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, antara negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan daerah Bentong di Pahang.

Sekolah di Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman di Sarawak juga perlu ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan tidak sihat setakat pukul 3 petang Rabu.

"Penutupan sekolah tersebut melibatkan 2,696,110 murid. Oleh itu pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajid dari semasa ke semasa," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM.

Tags / Kata Kunci: jerebu , KPM , sekolah tutup

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan