Jerebu: 583 Sekolah Agama Di Bawah JAIS Ditutup Esok

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak 583 sekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus ditutup pada Khamis, berikutan keadaan jerebu yang masih belum reda.

Pengarahnya, Datuk Hariz Kasim berkata keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan tadi yang terus menutup sekolah di kawasan yang teruk terjejas dengan jerebu.

"Seperti biasa, tiada penggantian kelas perlu dibuat berikutan penutupan ini dan pentadbir sekolah tetap perlu bertugas seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Haris berkata, JAIS juga menyarankan semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat untuk mengatur pelaksanaan solat sunat hajat selepas solat Jumaat pada 23 Oktober ini.

Katanya, solat sunat hajat itu bertujuan memohon keampunan Allah dan musibah jerebu dapat selesai dengan segera.


Tags / Kata Kunci: sekolah agama , JAIS , jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan