Premis Makanan Dinasihat Henti Guna Pekerja Asing

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha kedai makan di kawasan bandar diminta supaya tidak menggajikan pekerja asing bagi tujuan penyediaan makanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, beliau telah mengarahkan Bahagian Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan pembabitan pekerja asing di bahagian dapur di semua restoran dan premis makanan segera di ibu negara.

Tengku Adnan berkata DBKL akan melakukan tinjauan dan pertemuan dengan pihak berwajib berikutan peningkatan wabak demam kepialu di ibu negara.

"Kita sememangnya meneliti masalah kepialu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan. Kita (Bahagian Perlesenan) akan buat pertemuan, memantau dan tinjauan...kalau mereka tak ikut arahan kita tidak teragak-agak untuk tarik lesen (perniagaan)," katanya.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan DBKL akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan pendekatan terbaik bagi mencegah penularan demam kepialu di ibu negara.

Sementara itu Tengku Adnan berkata beliau gembira dengan pengendali makanan di Jalan Alor kerana kerjasama dan komitmen berhubung arahan bahawa hanya orang tempatan akan dibenarkan untuk menjadi pengusaha premis makanan.

"Tidak mengapa untuk mengambil pekerja asing sebagai pencuci dan pelayan, namun semua kenyataan saya sebelum ini disalahertikan.

"Apabila saya bercakap tentang tikus, orang marah. Apabila saya bercakap mengenai kehilangan tempat tinggal, mereka marah. Apabila saya bercakap tentang bagaimana dapur jalanan perlu menjaga kebersihan, orang masih marah kepada saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan