Demam Kepialu: Pendatang Haram Mungkin Punca

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendatang asing tanpa izin yang bekerja sebagai pengendali makanan di bandar kini menjadi perhatian mengenai kemungkinan menjadi penyebab kepada peningkatan kes demam kepialu di sini.

Penyakit yang pada kebiasaanya dikesan di kawasan luar bandar itu menyaksikan peningkatan mendadak di kawasan bandar dengan 32 kes dilaporkan sejak Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan di setiap premis makanan dan tindakan menutup premis perniagaan selama dua minggu akan dikuatkuasakan jika didapati ada pihak yang tidak mengutamakan kebersihan.

Dr Hilmi Yahaya

"Kami sedang siasat punca sama ada peningkatan kes demam kepialu ini berpunca daripada pekerja asing atau orang tempatan. Punca penyakit ini ialah bawaan makanan yang tidak bersih jadi pengendali makanan perlu bersih," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata peningkatan kes demam kepialu yang dilaporkan bukan diklasifikasikan sebagai wabak tetapi hanya tambahan kes daripada kebiasaan satu atau dua kes dalam masa sebulan.

"Ia bukan wabak, ia adalah peningkatan kes. Sekali-sekala kami mendapat kes seumpama ini. Ini bukan sesuatu yang di luar normal. Ia memang ada dan kita tidak perlu bimbang," kata Dr Hilmi.
Tags / Kata Kunci: Demam Kepialu , Dr Hilmi Yahaya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan