Malaysia, Oman Tandatangani MoU Keselamatan Siber

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 11:38 PM

Dr Amirudin (dua kiri) dan Dr Salim menandatangani MoU Keselamatan Siber antara kedua-dua negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia dan Oman menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama keselamatan siber di antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu ditandatangani antara CyberSecurity Malaysia dan Lembaga Teknologi Maklumat Oman (ITA) di Muscat pada 11 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, CyberSecurity berkata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amirudin Abdul Wahab dan rakan sejawatan, Dr Salim Sultan AL Ruzaiqi telah menandatangani perjanjian mewakili kedua-dua syarikat itu.

Menurut kenyataan itu, ITA akan bekerjasama dengan CyberSecurity untuk membantu dalam membangunkan makmal ujian keselamatan dan mempelajari pembangunan Skim Kriteria Bersama.

Perjanjian itu juga termasuk kerjasama dalam bidang pengurusan risiko, perlindungan organisasi infrastruktur sensitif serta kerjasama dalam latihan, pendidikan dan penyelidikan.

Amirudin berkata terdapat keperluan terhadap kerjasama global menerusi tindak balas antarabangsa dalam mencari penyelesaian terhadap ancaman siber yang semakin meningkat.

"Oleh kerana ancaman siber, jenayah siber dan keganasan siber terus dikaitkan dengan ketakutan, rasuah dan gangguan alam siber kita, ia adalah penting untuk terus melaksanakan usaha untuk menyediakan perlindungan, pendidikan dan menjalin kerjasama strategik ke arah mewujudkan persekitaran siber yang selamat untuk semua," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan