Liow Sangkal Laporan Australia Malaysia Gagal Beri Kerjasama Siasatan MH17

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 8:00 PM

Liow (tengah) melihat mesin cetak 3D ketika melawat pameran kemahiran selepas merasmikan pembukaan Institut VTAR pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyangkal laporan Australian News Corp bahawa Malaysia gagal bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam proses penyiasatan penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 tahun lepas.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama kepada DSB, malah melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga itu.

"Saya kecewa dan sedih mendengar berita seperti ini kerana Malaysia telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu.

"Memandangkan laporan akhir menyebut dengan jelas bahawa Malaysia telah memberi kerjasama penuh...maka, adalah tidak benar untuk mengatakan Malaysia tidak memberi kerjasama penuh kepada DSB. DSB mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kami," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu apabila diminta mengulas perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Institut Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kojadi di sini Rabu.

Australian News Corp melaporkan bahawa DSB, dalam laporan penyiasatan teknikalnya dikeluarkan pada 13 Oktober, didakwa mengkritik Malaysia dengan berkata negara ini bekerjasama hanya "dalam cara terhad" dalam proses penyiasatan itu.

Mengulas kenyataan Rusia bahawa misil darat ke udara BUK yang menembak jatuh pesawat malang itu bukan milik mereka, Liow berkata Rusia tidak dituduh sebagai pihak yang bersalah dalam kejadian itu.

Katanya apa yang penting adalah membiarkan proses penyiasatan jenayah dijalankan untuk menentukan pihak yang melakukan jenayah itu.

"Rusia tidak perlu menafikannya kerana tiada suatu apa pun dalam laporan itu yang menuding jari kepada Rusia," katanya.

Sejurus selepas laporan itu dikeluarkan, Rusia menyifatkan laporan berkenaan sebagai berat sebelah dan berkata negara itu tidak lagi menggunakan misil BUK sejak 2011.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh dari ketiggian 33,000 di ruang udara timur Ukraine yang dilanda konflik pada 17 Julai tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH17 , Australia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan