Kos Pembaikan klia2 Dedah Angka Membimbangkan

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos baik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang baharu sahaja beroperasi mendedahkan angka membimbangkan.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, kos pembaikan terminal klia2 sejak dibuka sehingga September tahun ini menelan belanja sebanyak RM76.5 juta iaitu mencecah satu per tiga daripada kos pembinaan keseluruhan terminalnya yang bernilai RM231 juta.

"Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa jumlah kos yang dibelanjakan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) setakat September 2015 untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan di klia2 sejak ia dibuka adalah RM76.5 juta.

"Ini bermakna ia adalah satu per tiga daripada kos pembinaan iaitu RM231 juta dan mungkin akan terus bertambah, kita tak tahu. Bagaimana kerja-kerja pembaikan boleh menelan belanja sebegitu banyak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata, selain sangsi mengenai perbelanjaan yang disifatkan sebagai ‘besar’, timbul juga kebimbangan dari segi keselamatan.

"Ini berdasarkan jenis-jenis kerosakan di terminal seperti keretakan, mendapan dan takungan yang mempunyai implikasi keselamatan.

"klia2 itu selamatkah? Betul-betul selamatkah? Sekarang ini isunya bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Apabila membina terminal baharu, sepatutnya ia dibina ke arah ‘sifar kecacatan’.

"Kita harap bukan sahaja kerajaan buat audit tetapi ambil tindakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini melibatkan soal keselamatan yang tidak sepatutnya ditoleransi," katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima jawapan bertulis daripada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyatakan bahawa kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Bebas Keselamatan klia2 pada Januari 2015 untuk mengaudit dan meneliti isu-isu kerosakan yang berlaku di bangunan terminal yang mempunyai implikasi keselamatan.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata situasi ini menunjukkan ‘ada sesuatu yang tidak kena’.

"Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak efisyen dan tidak mempedulikan penggunaan wang rakyat.

"Sudahlah kos pembinaan sepatutnya RM2 bilion telah meningkat ke RM4 bilion, selepas siap bina pun timbul macam-macam masalah," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan