Kit Siang Enggan Minta Maaf, Dewan Rakyat Tegang Lebih Setengah Jam

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keengganan Lim Kit Siang untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menimbulkan kekecohan semasa persidangan pada Rabu.

Segalanya bermula apabila notis usul untuk menggantung ahli Parlimen Gelang Patah itu diedarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kepada semua anggota Dewan Rakyat.

Azalina berkata notis itu dibuat untuk mempertahankan Dewan Rakyat dan menegakkan kebenaran bahawa Speaker hanya bertindak mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagi beberapa ahli Parlimen pembangkang, tindakan Azalina itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa ia seperti ‘menghukum seseorang sebelum dia diputuskan bersalah’.

Perkara itu menyebabkan Anthony Loke (DAP-Seremban), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai), Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam), Steven Su (DAP-Ipoh Timur) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) berdiri untuk berhujah.

Ketika itu Dewan Rakyat dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Ketegangan selama lebih kurang 15 minit pada ketika itu telah memaksa Pandikar masuk untuk mengawal Dewan.

"Usul ini belum pun diterima untuk dibahas, ia hanya notis usul. Kalau ia dibentang sekali pun, kalau Gelang Patah boleh minta maaf, ia boleh ditarik balik.

"Kalau umpama Gelang Patah ikut arahan, tak perlu jadi begini.

"Dalam Peraturan Mesyuarat, apa pun kesilapan yang dibuat, jika minta maaf atau tarik balik kenyataan, itu satu penyelesaian," katanya.

Namun apa yang dikatakan Pandikar tidak mendapat maklum balas positif daripada Kit Siang yang terus mempertikaikan tentang notis usul tersebut.

Dewan Rakyat kembali tenang apabila Azalina bangun dan menarik balik usul itu apabila Pandikar meminta beliau berbuat demikian.

"Saya menarik balik notis pemberitahuan usul," kata Azalina sekali gus menamatkan kekecohan yang berlaku kira-kira 45 minit itu.

Pandikar berkata beliau memberikan masa sehingga usul tergempar mengenai jerebu yang sedang dibahaskan selesai untuk Kit Siang berfikir sama ada mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataannya.

"Sekarang saya mahu dengar dari Gelang Patah, saya bukan nak dengar hujah…yang saya nak tahu tarik balik ke, atau tidak tarik balik kerana hujah itu nanti bila usul diterima..tiada hujah.

"Sila Gelang Patah, tarik balik tanpa syarat ataupun…yang hujah adalah kemudian bila keputusan dibuat.

"Jadi saya beri masa pada Gelang Patah untuk berfikir sehingga bersidang balik..sekarang bahas dulu isu jerebu.

"Saya dikatakan tidak membenarkan untuk membawa usul 18(1), tetapi isu jerebu ini saya nampak perlu untuk dibahas, walaupun ia boleh dibahas ketika bajet nanti, saya tetap benarkan.

"Bermakna saya ini bukan tidak mengamalkan demokrasi, bukan setiap kali buat keputusan ikut telunjuk perdana menteri," katanya.

Pada Isnin, Pandikar menuntut Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat susulan kenyataan menuduhnya menyalahgunakan kuasa speaker Dewan Rakyat dan cuba mensabotaj siasatan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pandikar pada sesi perbahasan Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan bermula itu berkata, sekiranya Kit Siang tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan boleh diambil terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Lim Kit Siang , Speaker

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan