Isu Hutang, Aliran Tunai 1MDB Selesai Jika Pelan Rasionalisasi Dijalankan Tanpa Halangan

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunainya jika pelan rasionalisasi yang sedang dijalankan dapat dilaksanakan tanpa halangan.

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, menempuh tempoh yang sangat mencabar, termasuk pelbagai siasatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Langkah konkrit sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu ini, termasuk pelan rasionalisasi yang akan menurunkan paras hutangnya.

"Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia akan membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunai," katanya pada Forum Transformasi Global, di sini pada Selasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata: "Kita perlu menunggu hasil siasatan, dan jika ada bukti salah laku, saya akan memastikan bahawa tindakan paling tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawap."

Dari segi dakwaan salah laku, Najib berkata ada banyak siasatan dilakukan, termasuk di Malaysia, 'yang saya sendiri arahkan."

Dalam kenyataan baru-baru ini, 1MDB berkata pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan, seperti dirancang.

Asas pelan itu antara lain, termasuk 'hutang untuk tukaran aset' dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX dan pelupusan aset bukan teras.

Keuntungan daripada pelan rasionalisasi ini akhirnya akan mengurangkan hutang 1MDB, ke tahap mampan dan boleh diurus menjelang suku keempat 2015.

Antara lain, 1MDB berjaya menjual lebih RM1 bilion nilai tanah di Tun Razak Exchange tahun ini.

Akhirnya, bidaan terikat akan diterima daripada pembida domestik dan antarabangsa yang disenarai pendek bagi kedua-dua Edra Energy dan Bandar Malaysia antara pertengahan dan akhir Oktober 2015, dengan Perjanjian Jual Beli untuk kedua-dua aset dilaksanakan pada Disember 2015.

Menurut 1MDB, ia berjaya memenuhi, tanpa ingkar, obligasi perkhidmatan dan pembayaran faedah dan prinsipal, kepada peminjam domestik dan asing.

Kerajaan memberi jaminan ke atas RM5.8 bilion hutang 1MDB, dengan RM5 bilion matang pada 2039, dan menyediakan Surat Sokongan ke atas US$3 bilion terbitan bon oleh 1MDB, yang matang pada 2023.

Pada kadar tukaran semasa, jumlah prinsipal hutang jangka panjang ini bernilai kira-kira RM18.7 bilion, katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Hutang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan