29 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Rabu

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara dilapor semakin buruk dengan 29 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sementara Shah Alam mencatat bacaan sangat tidak sihat 226 setakat 9 pagi Rabu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat kawasan dikesan pada  kategori tidak sihat sejak 10 malam tadi iaitu Pelabuhan Klang (200), Putrajaya (189), Banting (186) dan Petaling Jaya (183) menghampiri paras sangat tidak sihat.

Sebanyak 25 kawasan lain yang berada pada paras tidak sihat ialah Alor Setar (135); Bakar Arang di Sg Petani (139); Langkawi (132); Bandaraya Melaka (114); Bukit Rambai (119); Nilai (149); Port Dickson (117); Seremban (150); Jerantut (104) Jalan Tasek (139) dan S K Jalan Pegoh di Ipoh (148); Kg Air Putih di Taiping (118).

Seri Manjung (143); Tanjung Malim (123); Kangar (137); Perai (120), Seberang Jaya 2 (142) dan USM (143) di Pulau Pinang; Kuching (131); Samarahan (135); Sarikei (115); Sri Aman (145); Kuala Selangor (152); Batu Muda di Kuala Lumpur  (171) dan Cheras (150).

Manakala 21 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana iaitu Kota Tinggi (68); Larkin Lama (73); Muar (95); Pasir Gudang (90); SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (97); Tanah Merah (92); Balok Baru (72); Indera Mahkota (69); Keningau (68); Kota Kinabalu (68); Sandakan (60); Tawau (92); Bintulu (93); ILP Miri (69); Kapit (85); Limbang (62); Sibu (92); Kemaman (82); Kuala Terengganu (98); Paka (72) dan Labuan (62).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan