Dewan Rakyat Bincang Isu Jerebu Petang Ini

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan usul untuk membincangkan situasi jerebu yang melanda negara pada petang ini.

Usul yang dibawa oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee setelah berpuas hati bahawa usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 3(b) yang perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.

Hee dalam usulnya berkata usul itu perlu dibincangkan memandangkan masalah jerebui telah berlarutan tanpa penyelesaian sejak sekian lama serta menjejaskan pelbagai pihak di negara ini termasuk penangguhan sesi persekolahan.

"Dewan perlu bahas permasalahan jerebu dan cari cara terbaik untuk menangani jerebu rentas sempadan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan