Jerebu: Sekolah Di Beberapa Negeri Ditutup Esok

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada Rabu berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut.

Turut ditutup akibat masalah jerebu adalah sekolah di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim di Perak serta daerah Kuala Muda/Yan di Kedah.

Sekolah di daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu di Sarawak turut diarahkan tutup pada Rabu.

Namun, semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah, Muar, Ledang dan Segamat di Johor yang ditutup pada Selasa akan dibuka semula seperti biasa pada Rabu.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lewat petang Selasa.

Penutupan itu melibatkan sejumlah 2,528 buah sekolah dan seramai 1,734,668 murid di negeri dan daerah tersebut.

Kementerian Pendidikan turut menggesa pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera.

Sementara itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajid dari semasa ke semasa.

"Sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM," menurut kenyataan itu.








Tags / Kata Kunci: jerebu , sekolah , tutup

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan