Rafizi Akan Dedah Dokumen Skandal Pembelian Hartanah Oleh Mara

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli bakal mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Khamis.

Rafizi berkata tindakan ini dibuat selepas mendakwa kerajaan cuba mendiamkan isu pembelian hartanah di Melbourne, Australia apabila sehingga kini tiada seorang pun dihadapkan ke mahkamah.

"Kita akan mendedahkan dokumen-dokumen yang diperolehi dari Australia termasuk dokumen mahkamah di sana yang secara jelas menamakan individu-indvidu yang terlibat.

"Walaupun jumlah RM129 juta yang disyaki diseleweng dalam bentuk lebihan bayaran itu tidak setinggi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun nilainya tetap besar dan boleh dilaburkan kepada rakyat dalam bentuk biasiswa atau pinjaman pendidikan," katanya di lobi Parlimen, Selasa.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, seorang rakannya dari National Oversight & Whistleblower (NOW), telah ke Melbourne Julai lalu untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai urusniaga dan siapa yang terlibat.

Beliau turut mendakwa pegawai tertinggi Mara yang terlibat dalam skandal tersebut masih bebas menguruskan pelaburan dan aset Mara di Melbourne.

"Selain nama-nama yang diketahui umum, saya terkejut kerana nampaknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap seorang pegawai tinggi Mara yang pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang memiliki syarikat terbabit dalam pembelian hartanah ini, " katanya.

Terdahulu Rafizi mendedahkan Mara terlibat dalam penyelewengan sebanyak RM129 juta menerusi empat pembelian aset di Australia apabila membeli dengan harga tinggi berbanding harga pasaran.

Menurut Rafizi, hasil semakannya di laman Pelaburan Mara Berhad, seorang individu terlibat secara langsung dalam syarikat pelaburan induk yang menguruskan pelaburan dan aset Mara.

Katanya, individu itu mempunyai kepentingan perniagaan bersama di dalam syarikat yang terlibat dalam urusniaga hartanah Mara di Australia.

"Ini menimbulkan percanggahan kepentingan apabila ketua pegawai eksekutif (CEO) Pelaburan Mara yang menguruskan pelaburan aset Mara mempunyai kepentingan perniagaan dalam syarikat yang berurusan dengan Mara.

"Malangnya skandal ini cuba didiamkan begitu sahaja dan sehingga kini tidak ada seorang pun dihadapkan ke mahkamah atau diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Makaysia (SPRM)," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rafizi , Mara , Parlimen , Australia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan