Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Berpindah Ke TBS

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan Bas Ekspres Koridor Utara yang beroperasi di Pudu Sentral akan berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) berkuatkuasa 1 November ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata perpindahan tersebut melibatkan perkhidmatan bas ekspres ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Menurut SPAD, keputusan perpindahan tersebut dilakukan selepas perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan pihak pengendali bas ekspres yang terlibat.

"Dengan perpindahan ini, sebanyak 545 dari 635 bas ekspres koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral akan dialihkan daripada pusat bandar.

"Ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dialami oleh pengguna di kawasan sekitar Pudu Sentral dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan kesesakan yang masuk ke dalam daerah pusat perniagaan di dalam bandaraya," demikian menurut suruhanjaya itu.

SPAD berkata pemindahan operasi ke TBS akan dapat mengekang aktiviti ulat tiket yang berleluasa di Pudu Sentral, selain menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik kepada penumpang.

"TBS mempunyai kemampuan bagi menampung operasi bas ekspres menghala ke utara secara cekap dan teratur.

"Ia mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang lebih baik ke pusat bandar dengan tertumpunya pelbagai mod pengangkutan di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi," katanya.

Jelas SPAD lagi, TBS dilengkapi dengan paparan maklumat elektronik yang menyenarai kedatangan dan pelepasan bas serta mempunyai sistem tiket berpusat.

"Ini menyokong polisi toleransi sifar terhadap ulat tiket," katanya.

Namun, SPAD menegaskan Pudu Sentral akan terus digunakan sebagai terminal bas ekspres jarak dekat dan bas henti-henti membabitkan perjalanan daripada Pudu Sentral ke Tanjung Malim, KLIA 1, KLIA2 dan Seremban.

"Pudu Sentral juga akan memainkan peranan penting sebagai Pusat Transformasi Bandar(UTC) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada kerajaan dan sektor swasta kepada rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pudu Sentral , TBS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan