Pengerusi PAC Tak Perlu ‘Duduk Dan Tunggu’ Untuk Siasat 1MDB

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu dilantik Datuk Hasan Ariffin tidak harus mengambil sikap ‘duduk dan tunggu’ untuk menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata, sebaik sahaja menerima tanggungjawab yang diberikan, Hasan perlu meneruskan siasatan terhadap 1MDB dalam kadar segera kerana kes ini melibatkan kepentingan negara.

“Beliau tidak menunjukkan kesegeraan, tidak faham bagaimana masa adalah penting dalam siasatan 1MDB.

“Hasan tak boleh hanya duduk dan tunggu. Beliau patut menggesa Jawatankuasa Pemilihan melantik tiga anggota baharu dalam masa paling singkat. Saya tak nampak mengapa jawatankuasa ini tidak boleh bermesyuarat minggu ini atau sekurang-kurangnya minggu depan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Kit Siang memberitahu, walaupun baharu dilantik, Hasan patut mengambil langkah pro-aktif atau beliau perlu berdepan dengan persepsi dan keraguan terhadap kebebasan siasatan.

Katanya, Hasan tidak patut menerima pelantikan itu jika tidak bersedia meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti.

“Dalam melaksanakan tugas sebagai pengerusi PAC ia akan menjadi ujian sama ada dia bersedia untuk memimpin PAC demi menjaga kepentingan negara ataupun berdepan konflik kesetiaan kepada parti, pakatan kerajaan Umno/BN dan perdana menteri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Hasan yang mengeluarkan kenyataan tentang nasib Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam PAC.

Katanya, pengerusi PAC terdahulu telah menyatakan bahawa Pua tidak pernah menggunakan maklumat PAC dalam kenyataannya mengenai 1MDB.

Hasan, dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Pengerusi PAC pada Isnin berkata, beliau akan memanggil mesyuarat pertama sebaik sahaja Jawatankuasa Pemilihan melantik tiga anggota yang baharu.

Hasan berkata sebagai orang baharu, beliau perlu melihat laporan-laporan Ketua Audit Negara terdahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tindakan susulan.

Beliau juga meyakinkan masyarakat bahawa siasatan akan dilakukan tanpa rasa takut, demi kepentingan negara.

“Kerajaan telah berjanji bahawa mereka akan menyegerakan siasatan dan kemukakan laporan kepada Parlimen.

“Cakap-cakap bahawa kerajaan sengaja melengahkan siasatan 1MDB itu hanya persepsi,” katanya.

Tags / Kata Kunci: PAC , DAP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan