Misi Kedua Bantu Padam Kebakaran Di Sumatera Selatan

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 5:21 PM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia akan menghantar misi kedua bagi membantu memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Selasa.

Beliau berkata penghantaran misi kedua itu berikutan keadaan (jerebu) di daerah berkenaan kini berada di tahap amat membimbangkan.

"Berdasarkan laporan awal yang diterima keadaan jerebu akibat kebakaran di sana masih belum pulih, malah teruk.

"Kita ada permintaan sendiri daripada Indonesia untuk meneruskan operasi itu," katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan misi bantuan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Subang di sini, Selasa.

Misi pertama itu berlepas ke Sumatera Selatan pada 9 Oktober lepas.

Pesawat yang terlibat dalam misi itu Bombardier CL415 MP, dan helikopter AS365 N3 Dauphin milik APMM, serta sebuah pesawat Hercules C130 milik TUDM.

Tags / Kata Kunci: kebakaran , jerebu , Sumatera Selatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan