Wajib Lulus BI SPM Jadi Hambatan Kepada Pelajar Luar Bandar - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Rancangan menjadikan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencetuskan kebimbangan berhubung kesannya kepada pelajar luar bandar terutamanya berkaitan dengan faktor hambatan dan kekurangan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dalam usaha melaksanakan langkah itu, Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang berkembang dalam memastikan negara benar-benar bersedia melaksanakan syarat wajib lulus tersebut.

Menurut beliau syarat wajib lulus itu mempunyai beberapa kelemahan terhadap pelajar luar bandar yang tidak bersedia kerana isu dan cabaran situasi di kawasan luar bandar.

"Kementerian bimbang sistem ini memberi kesan kepada pelajar luar bandar. Saya percaya pembelajaran yang baik perlu diberi penekanan terlebih dahulu sebelum kita memutuskan untuk meneruskan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM," katanya di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau pada The 4th International Conference on English Language Teaching (ICELT) 2015 dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rahim Abu Bakar.

Ismail Sabri berkata bagi membaiki pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar, guru-guru perlu menggunakan cara yang lebih kreatif dan baru untuk mengajar bahasa itu.

Menurut beliau para guru perlu mempelbagaikan bahan pengajaran bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, bermotivasi dan lebih dekat kepada persekitaran pembelajaran-pengajaran.

"Kita tidak boleh menafikan peranan bahasa Inggeris, maka penting bagi kita sebagai negara membina persekitaran yang sesuai yang menyokong pembelajaran dan penggunaan bahasa itu.

"Ia bukan sekadar mendapatkan guru yang mahir dalam bahasa itu tetapi untuk menjadi lebih baik dan kreatif secara keseluruhan," jelasnya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bahasa Inggeris , SPM , luar bandar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan