SK Jalan Pegoh, Ipoh Kawasan Terbaharu Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara semakin merosot apabila SK Jalan Pegoh di Ipoh turut mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 102 setakat pukul 10 malam Isnin.

Kini terdapat 18 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat termasuk Seremban, Negeri Sembilan (178); Batu Muda, Kuala Lumpur (171); Pelabuhan Kelang (153), Banting, Selangor (151), menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Shah Alam di Selangor mencatatkan bacaan 145; Putrajaya dan Port Dickson (140), Nilai, Negeri Sembilan (139); Bukit Rambai, Melaka (137); Tawau, Sabah (136) dan Bandaraya Melaka (130).

Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Seri Manjung, Perak (99); Paka di Terengganu, Samarahan dan Kuching di Sarawak dengan bacaan (96) dan Balok Baru, Kuantan (90).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU Tidak Sihat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan