Hee Akan Tarik Balik Usul Undi Tidak Percaya

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 8:51 PM

Hee Loy Sian.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) akan menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama.

"Tak ada masalah (untuk menarik balik usul), kita bagi peluang kepada ketua pembangkang," katanya yang ditemui media di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata penarikan usul itu bergantung kepada bila usul baharu itu akan dikemukakan oleh Wan Azizah.

Pada Isnin, Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh mengumumkan akan membawa usul berkenaan sebagai usul biasa dengan memberi notis pemberitahuan dalam tempoh 14 hari.

Mengulas pengumuman itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan bermula.

Wan Azizah pula berkata usul itu akan tetap dibawa dalam waktu terdekat walaupun berdepan kemungkinan tidak menjadi kenyataan.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hee Loy Sian , PKR , usul undi tidak percaya

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan