Gesaan Raja-Raja Melayu Segerakan Siasatan 1MDB Ikut Perlembagaan

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 8:44 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan gesaan Raja-Raja Melayu yang mahukan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disegerakan dilakukan mengikut perlembagaan.

Beliau berkata gesaan itu dibuat susulan kegagalan kerajaan dalam menangani rungutan rakyat berhubung kemelut tersebut.

"Dalam membuat kenyataan mereka, Raja-Raja Melayu tidak melangkaui peruntukan perlembagaan. Mereka sebenarnya mematuhi peruntukan perlembagaan.

"Rakyat di negara ini tertakluk kepada Raja-Raja Melayu. Sebagai Raja-Raja Melayu mereka perlu menjaga kebajikan rakyat," ," kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan di laman chedet.com miliknya pada Selasa.

Pada 8 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan berpegang sepenuhnya dan menghormati sistem raja berperlembagaan dan konsep pengasingan kuasa.

"Ini termasuk peruntukan yang berkaitan dengan kuasa Majlis Raja-Raja," kata Dr Ahmad Zahid.

Terdahulu, Majlis Raja-Raja mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat kerana kegagalan berbuat demikian, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

Dr Mahathir merujuk kepada Seksyen 40 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Raja-Raja Melayu berhak mendapat sebarang maklumat yang disediakan kepada Kabinet.

"Pada masa lalu, kita melihat Raja-Raja Melayu menolak calon dari parti majoriti untuk jawatan Menteri Besar.

"Sekiranya Perdana Menteri meminta untuk membubarkan Parlimen, Agong boleh menolak.

"Sekali lagi kita lihat di sini bahawa Agong dan Raja-Raja Melayu boleh bertindak atas budi bicara mereka sendiri. Mereka juga boleh berbincang dan menerima cadangan daripada sesiapa sahaja atau kumpulan.

"Jelas sekali jika petisyen dibuat atau ada tuntutan awam, Raja-Raja Melayu tidak perlu hanya mendengar daripada Kabinet," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata perlembagaan tidak menyebut tentang pengasingan kuasa di antara Raja-Raja Melayu dan pentadbiran kerajaan.

"Apa yang jelas, tiada apa-apa dalam Perlembagaan menyebut tentang pemisahan kuasa di antara kerajaan dan Agong.

"Malah dalam banyak perkara, Agong boleh bertindak berdasarkan budi bicaranya sendiri," katanya.










Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Raja-Raja Melayu , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan