Gempa Bumi Landa Sabah, Gegaran Dirasai - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Landa Sabah, Gegaran Dirasai

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam ini dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. 

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Sabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan