Badan Bebas Dilantik Nilai Keadaan LPT2

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang laporan awalnya dijangka siap minggu depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk melantik badan penilai bebas tersebut bagi menilai semula permukaan lebuh raya itu sama ada ia mematuhi kadar kelicinan yang ditetapkan.

"Badan itu juga akan mengaudit tahap keselamatan berhubung belokan dan permukaan lebuh raya yang mungkin tidak rata.

"Ia juga akan membuat profil jalan sama ada berlaku mendapan yang menyebabkan jalan tidak rata yang boleh mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya, katanya kepada pemberita pada Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015 di sini, Selasa.

Beliau berkata sebaik mendapat laporan awal, langkah mitigasi termasuk menurap semula jalan atau memperbaiki lencongan akan diambil dengan segera.

Fadillah diminta mengulas mengenai keadaan LPT2 yang banyak merekod jumlah kemalangan yang mengorbankan nyawa.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, LPT2 sejauh 184 kilometer itu  dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Nerus mencatat 1,989 kes kemalangan dan meragut 85 nyawa sejak beroperasi pada Januari 2011.

Sementara pada Rabu lepas, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan maut dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan dan seorang penunggang motosikal pula maut semalam.

Fadillah menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.

"Kalau mengikut segala garis panduan dan tatacara pemanduan berhemah, Insya-Allah semua akan selamat di jalan raya," katanya.

Beliau berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR juga diarahkan supaya menempatkan lebih banyak papan tanda amaran di lokasi berisiko berlaku kemalangan.

"Ini adalah tindakan segera yang diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya berkenaan," kata Fadillah.

Beliau berkata punca kemalangan di kebanyakan lebuh raya dalam negara adalah berpunca daripada kecuaian manusia, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan jalan yang tidak selamat.

Tags / Kata Kunci: LPT2 , JKR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan