Vell Paari Sekali Lagi Tarik Diri Tanding Naib Presiden MIC

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 9:36 PM

S.Vell Paari.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perebutan bagi jawatan naib presiden MIC menyaksikan perubahan apabila Pengerusi MIC Bahagian Kepong Datuk Seri S.Vell Paari sekali lagi menarik diri daripada pertandingan itu.

Sebaliknya, anak lelaki bekas presiden parti itu berkata beliau akan bertanding bagi jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 6 November ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Vell Paari berkata beliau membuat keputusan itu selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti dan menyifatkan  bukan mudah untuk mengambil keputusan itu.

"Saya telah turun pdang ke seluruh negara untuk berkempen sebagai calon bagi naib presiden. Majoritinya berkata selain khidmat saya, memilih saya merupakan cara mereka untuk membalas pengorbanan bapa saya terhadap MIC.

"Tetapi demi kesepaduan dan perpaduan parti, keperluan diri saya tidak mengatasi keperluan MIC dan masyarakat. Dengan itu saya menawarkan diri sebagai calon CWC," katanya.

Vell Paari menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama pada pemilihan parti pada 2009 dan 2013 tetapi kemudiannya menarik diri atas pelbagai isu yang membelenggu dirinya.

Beliau berjanji untuk tidak mengulangi tindakan itu pada kali ini semasa  mengumumkan hasrat bertanding jawatan naib presiden, kira-kira dua minggu lepas.

Bagi jawatan naib presiden, kini ia menjadi rebutan empat pemimpin - dua bekas Ketua Pemuda Datuk T. Mohan dan Datuk S.A Vigneswaran, anak bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S.Subramaniam, S. Sunther dan Ketua Penerangan MIC pusat Datuk V.S. Mogan.

Kira-kira 1,500 perwakilan akan mengundi tiga naib presiden dan 23 anggota CWC pada pemilihan parti dijadual pada 6 November di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MIC , naib presiden , S.Vell Paari

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan