Dewan Rakyat: Tempat Duduk Beberapa Ahli Parlimen Berubah

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 2:46 PM

Penolong Jurutera Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, Kristiwi Madehi memeriksa sistem pendawaian elektrik di dewan Parlimen sementara, sebelum digunakan buat julung kalinya bagi persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat bermula Isnin menyaksikan beberapa Ahli Parlimen duduk di tempat baharu berikutan pembubaran Pakatan Rakyat serta rombakan Kabinet, Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini duduk di barisan depan Blok A, bersebelahan Perdana Menteri, manakala bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini duduk di barisan depan Blok E bersama pemimpin lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Muhyiddin hanya senyum dan melambai ke arah wartawan sebaik tiba di Dewan Rakyat pagi Isnin.

Sementara itu, tempat duduk bagi pemimpin pembangkang dan kerajaan juga berubah.

Bagi Barisan Nasional, tempat duduk lima Ahli Parlimennya berubah termasuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (BN-Semporna) yang ditempatkan di barisan kedua di belakang Muhyiddin selepas digugurkan dari Kabinet.

Selain itu, susulan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah), Ahli Parlimen PAS hanya berbaki 14 berbanding 21 sebelum ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menduduki kerusi di kalangan pemimpin kanan pembangkang.

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ditempatkan bersama Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh); Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok 13.

Perdana Menteri juga dijangka mengemukakan usul melantik Ahli Parlimn Rompin, Datuk Hasan Ariffin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Dewan Rakyat , Kabinet

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan