SPM Tak Boleh Ditangguh Walaupun Jerebu - Mahdzir

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 8:08 PM

Mahdzir Khalid

Mahdzir Khalid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual berlangsung bulan depan akan tetap diteruskan walaupun keadaan jerebu yang melanda negara masih belum reda.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peperiksaan SPM yang dijangka bermula 2 November tidak boleh ditangguhkan hanya kerana segelintir calon menghadapi masalah pernafasan akibat keadaan jerebu.

"Tak boleh tangguhkan SPM kerana ia melibatkan 400,000 calon dan hanya segelintir sahaja calon yang mempunyai masalah pernafasan kesan daripada jerebu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk menyediakan bilik atau ruang khas bagi calon peperiksaan SPM yang menghadapi masalah pernafasan ketika menduduki peperiksaan dalam keadaan jerebu.

"Tiap-tiap sekolah kami sudah tahun jumlah pelajar yang kesihatan tak baik, kami akan ambil tindakan kalau jerebu masih tinggi ... SPM nanti kita masih boleh buat dalam bilik tertentu," katanya.

Mengenai sesetengah kakitangan sekolah yang diminta bekerja walaupun sekolah diarahkan tutup, Mahdzir berkata itu tertakluk kepada budi bicara pengetua setiap sekolah dan lebih kepada sukarela dan bukan secara paksaan.

"Ini lebih kepada sukarela, dekat nak periksa ni banyak yang perlu diselesaikan di sekolah, ada pengetua minta tolong datang untuk selesaikan beberapa perkara.

"Ini atas sukarela. Kalau ada persetujuan dua pihak tak apa, kalau ada paksaan yang tak boleh," katanya.

Mahdzir turut menegaskan kementerian tetap mengambil berat terhadap sesi pembelajaran yang mungkin terganggu akibat penutupan sekolah kerana keadaan jerebu yang teruk.

Terdahulu, KPM mengeluarkan kenyataan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor ditutup pada Selasa akibat jerebu.

Penutupan itu melibatkan 3,029 sekolah dan 1,909,842 murid, menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah dan Kuching dan Samarahan di Sarawak juga diarah tutup susulan jerebu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: SPM 2015 , jerebu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan