Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di beberapa negeri yang diarahkan tutup pada Isnin akan terus ditutup pada Selasa berikutan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan terus ditutup pada Selasa.

Pada masa sama, katanya, sekolah di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor turut diarahkan tutup pada Selasa.

"Berdasarkan pemantau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga pukul 1 petang hari ini (Isnin), didapati tahap bacaan IPU bagi kebanyakan kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.

"Beberapa kawasan dan daerah lain juga didapati menunjukkan trend peningkatan pada bacaan IPU," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata penutupan tersebut akan melibatkan kira-kira 3,029 sekolah dan seramai 1,909,842 murid di negeri dan daerah yang terjejas.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera," katanya.

Mahdzir berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajid dari semasa ke semasa.

"Sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM," katanya.






Tags / Kata Kunci: jerebu , sekolah tutup

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan