Bayaran Dividen Minimum 2.5 Peratus Antara Cadangan Pindaan Akta KWSP 1991

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 11:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembayaran dividen tidak kurang daripada 2.5 peratus setahun antara cadangan pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, bagi ahli yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Syariah.

Ia juga bagi ahli yang telah memilih akaun diurus mengikut Syariah tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa.

Cadangan ini dibuat dalam pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mengikut rang undang-undang tersebut, caruman yang dibuat oleh ahli yang  memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Syariah, lembaga akan mengisytiharkan sebarang kadar dividen mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh lembaga berhubung dengan akaun itu.

Rang undang-undang juga bertujuan untuk membolehkan lembaga melabur wang milik dana dengan mendepositkan wang dalam bank atau bank pelaburan yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 merupakan bank Islam berlesen sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau institusi kewangan pembangunan dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Rang undang-undang juga bertujuan untuk membolehkan lembaga melabur wang kepunyaan dana dalam saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam awal yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau saham disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta 671.

Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah yang menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Syariah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Akta Pindaan KWSP 1991

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan