Citra, Bob Dihantar Pulang Ke Medan, Indonesia Esok

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 6:28 PM

Citra dan Bob akan dihantar pulang ke Medan pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua ekor orang utan Sumatera yang diselamatkan Jabatan Perhilitan pada Julai lalu akan diterbangkan pulang ke Medan, Indonesia pada Selasa.

Haiwan tersebut akan mendaftar masuk di sebuah hotel haiwan di KLIA sebelum diterbang pulang.

Sejak diselamatkan pada Julai lalu, Citra (betina) dan Bob (jantan) menerima penjagaan rapi di Pusat Perlindungan Haiwan di Sungai, Perak.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kedua-dua orang utan itu berada dalam keadaan sihat dengan berat badan semakin bertambah.

Katanya, sepanjang tiga bulan di bawah jagaan Jabatan Perhilitan, sebanyak RM1,000 sebulan dibelanjakan untuk penjagaan kedua-dua Orang Utan itu.

"Sudah tiba masanya untuk haiwan itu pulang ke habitat asal mereka.

"Kos penghantaran ini ditanggung oleh Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam Sumatera Utara (SOCP) dan Mas Kargo menaja perjalanan kos penerbangan dari KL ke Medan.

"Penghantaran pulang itu dilakukan mengikut Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686)," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Pada 24 Julai lalu, haiwan tersebut diselamatkan pegawai Jabatan Perhilitan semasa operasi perdagangan hidupan liar secara haram (Ops Taring III) di Klang, Selangor.

Haiwan tersebut ditemui disembunyikan di dalam beg di tempat letak kereta di sebuah hotel di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Empat lelaki ditahan berhubung penemuan haiwan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Bob , Citra , orang utan Sumatera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan