Mogan Umum Tanding Jawatan Naib Presiden MIC

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 8:20 PM

V.S.Mogan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Penerangan MIC Pusat, Datuk V.S.Mogan pada Isnin mengumumkan akan bertanding salah satu daripada tiga jawatan naib presiden pada pemilihan semula parti itu pada 6 November ini.

Katanya beliau percaya pemilihan kali ini adalah masa yang sesuai untuk memikir dan melaksanakan beberapa perubahan penting dalam kerjaya politiknya serta membantu membawa parti itu ke hadapan.

"Dengan ini saya mengambil peluang moral yang datang bersama tanggungjawab untuk bertanding jawatan naib presiden dan percaya ia akan memudahkan proses yang diambil presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam agenda reformasi dalam parti," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Mogan merupakan setiausaha Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan dari tahun 2000 hingga 2009 dan kemudian dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeram Padang dan menjadi anggota exco kerajaan negeri.

Pada pemilihan parti 2009 dan 2013, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.

Mogan merupakan ahli parti pertama mengisytihar untuk bertanding jawatan naib presiden selepas penyandang Naib Presiden Datuk M. Saravanan dan bekas naib presiden Datuk Seri S.K. Devamany mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Majlis Tertinggi MIC menetapkan Ahad ini sebagai hari penamaan calon bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 ahli CWC manakala pemilihan akan diadakan pada 6 November ini.

Selepas pemilihan, MIC akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari berikutnya di Taman Ekspo Pertanaian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan MIC mengadakan semula pemilihan apabila membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013, selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: V.S.Mogan , naib presiden , MIC

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan