Hasan Arifin Dilantik Pengerusi PAC

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 4:18 PM

Hasan Arifin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menerima pelantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas perbahasan selama beberapa jam.

Usul pelantikan Hasan itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada sesi Aturan Mesyuarat dan Usul sempena persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Hasan akan menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang terpaksa melepaskan jawatannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Tiga lagi ahli jawatankuasa PAC yang lain turut meletak jawatan selepas mereka dilantik ke dalam barisan Kabinet baharu beberapa bulan lalu.

Hasan, 62, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dipilih sebagai Ahli Parlimen susulan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.


Tags / Kata Kunci: Hasan Arifin , PAC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan