BNM Ada Kuasa Di Bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Untuk Ambil Tindakan

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan penguatkuasaan, atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap pihak yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

"Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada, prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, bank pusat itu menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.

"Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran.

"Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.

"Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap sistem kewangan negara," menurut kenyataan tersebut.

Pada 9 Oktober lalu, BNM telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai US$1.83 bilion.

Dalam kenyataan berkenaan, BNM berkata ia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah itu dan mengemukakan kepada BNM perancangan syarikat berkaitann perkara berkenaan.

Bank pusat merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

"Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap".

Kenyataan BNM itu merujuk kepada keputusan Peguam Negara yang mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Menurut bank berkenaan, keputusan itu 'berkait dengan pengesyoran bank pusat untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB atas pelanggaran ECA'.



iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan