14 Terperangkap Insiden Kepala Air Di Sungai Chiling - Bomba

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 9:04 AM

Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat di Sg Chiling.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada Ahad malam.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku. Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7 malam.

"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada 10.45 malam,"katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan. |

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terperangkap kepala air

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan