Program Christmas A-La-Malaysia Dilancar Di New York

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang pengacara televisyen dan pakar diet, Gina Keatley melancarkan inisiatif Christmas-a-la-Malaysia bagi menyambut "pesta musim cuti gaya Malaysia" di sini yang bertujuan mempopularkan makanan dan rempah Malaysia.

Program tajaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Keatley yang dilantik sebagai duta makanan Malaysia akan mempersembahkan beberapa masakan yang berinspirasikan hidangan Malaysia pada musim cuti akan datang, termasuk hidangan ayam belanda sempena hari kesyukuran.

Program tersebut diadakan di Malaysian Kitchen Restaurant yang terletak di daerah kewangan New York.

"Ini ayam belanda tradisional hari kesyukaran. Ia akan dimasak dengan campuran unik rempah dan ramuan semula jadi dan sihat Malaysia yang dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menghasilkan bentuk baru resepi tradisi dan bukan tradisi," katanya kepada Bernama sambil memegang seekor ayam belanda yang sudah dibersih.

Katanya, beliau juga akan melawat Malaysia pada awal tahun depan dan menyifatkan kunjungan tersebut sebagai "lawatan kerja bagi membolehkan saya memahami lebih mendalam budaya kulinari negara yang menarik".

Pengacara tv itu berkata, rempah Malaysia dan ramuan lain sangat sesuai digunakan untuk mempromosi pemakanan sihat malah sangat sesuai dengan pengguna AS yang memakan makanan yang kurang lemak dan produk makanan sihat.

"Sebagai pakar diet dan pemakanan saya sangat sedar kesan sesetengah makanan terhadap kesihatan individu dan percaya sesetengah ramuan dan rempah memberikan keseimbangan dalam diet pengguna," jelasnya.

Keatley berkata, New York mempunyai persamaan dengan Malaysia kerana mempunyai pelbagai etnik dan kulinari dan menyifatkan rempah Malaysia menambah rasa kepada makanan.

Malaysian Kitchen Restaurant dimiliki Kirby Tan yang berasal dari Melaka dibuka lapan bulan lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Sementara itu pesuruhjaya perdagangan Malaysia di New Yor Muhd Shahrulmiza Zakaria berkata, program itu bertujuan "membawa Malaysia ke setiap rumah".

"Terdapat kira-kira 500 jenis barang makanan Malaysia yang kebanyakannya boleh dibeli di kedai milik etnik Asia. Produk itu juga boleh dibeli secara dalam talian.

"Terdapat kira-kira 82 restoran Malaysia di AS dan angkanya juga meningkat.

Kami sangat menggalakkan pembukaan restoran Malaysia di sini.

Menurut pejabat Matrade New York eksport produk makanan Malaysia ke New York bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini berjumlah AS$135.5 juta (RM565.17 juta), sementara jumlah eksport bagi 2014 ialah AS$236.4 juta (RM986.02 juta).-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan