Pasport Mereka Yang Ancam Keselamatan Negara Akan Disekat

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 11:09 AM

Datuk Seri Mustafa Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasport mereka yang dianggap menghina dan mengancam keselamatan negara mungkin akan disenarai hitam, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafa Ibrahim memberi amaran.

Beliau berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara ini.

"Kami juga semakin hampir untuk menyenarai hitam mereka yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan manusia dan jenayah lain," kata beliau sambil menambah jabatan itu mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

"Individu-individu ini tidak harus menyalahkan jabatan dan berpura-pura terkejut jika pasport mereka disenarai hitam. Mereka tahu mengapa ia disenarai hitam.

"Jabatan ini tidak suka-suka menyenaraihitamkan pasport sesiapa yang dimahukannya," kata Mustafa pada sidang akhbar selepas melancarkan sebuah program latihan menembak di Pantai Timur.

Lebih daripada 80 anggota Imigresen dari Pahang, Kelantan dan Terengganu menghadiri program ini.

Dalam perkembangan lain, Mustafa berkata tanpa pelaksanaan program 3 + 1 untuk pendatang tanpa izin, kerajaan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 juta sebulan untuk menempatkan mereka di depot tahanan.

"Kerajaan membelanjakan lebih dari RM1 juta setiap bulan untuk pemeliharaan depot tahanan," katanya.

Mustafa berkata program 3 + 1 telah terbukti berjaya apabila lebih daripada 100,000 warga asing tanpa dokumen telah melalui program ini dari Januari hingga pertengahan bulan ini.

Di bawah program ini, warga asing tanpa izin secara sukarela boleh menyerah diri di jabatan untuk dihantar pulang di mana mereka akan dikenakan kompaun RM300 dan RM100 bagi pas istimewa untuk kembali ke negara asal mereka.

Program ini telah dimulakan oleh Kerajaan pada awal tahun ini untuk membolehkan pendatang tanpa izin meninggalkan negara ini tanpa ditahan.

Bagi kes-kes di mana warga asing telah ditipu oleh ejen dan tiada pasport, Mustafa menasihatkan mereka supaya membuat laporan polis dan mendapatkan pasport baru daripada kedutaan masing-masing atau suruhanjaya.
Tags / Kata Kunci: senarai hitam , pasport , Jabatan Imigresen

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan